Penundaan Euro 2020 beri banyak manfaat: Southgate

Iklan
Kesebelasan muda England meraikan kejayaan pada aksi Liga Negara-Negara UEFA baru-baru ini. - Foto eurosport.com

PENGENDALI England, Gareth Southgate menyifatkan penundaan saingan Euro 2020 sehingga Jun 2021, bakal memberikan banyak manfaat kepada skuad The Three Lions itu.

Southgate berkata, penundaan berkenaan dilihat memberikan khabar gembira buat kesebelasan muda England yang masih kurang memiliki pengalaman beraksi dalam jadual yang sungguh padat.

Iklan
Iklan

Malah menurutnya, penundaan berkenaan bakal memberikan peluang untuk kesebelasan pemain mudanya membuat persiapan bagi mengharungi saingan Kumpulan D bersama Croatia, Scotland dan Republik Czech.

"Saya melihat penundaan kejohanan Euro 2020 ini memberikan banyak manfaat kepada kami yang rata-ratanya dibarisi pemain muda.

Iklan

"Penundaan ini akan memberikan banyak peluang kepada mereka untuk lebih bersedia untuk beraksi di Euro 2020 kelak,” katanya.

Untuk rekod sejak saingan bola sepak antarabangsa kembali berlangsung, skuad The Three Lions itu telah mencatatkan keputusan yang agak memberangsangkan.

Iklan

Terbaru, England menewaskan Iceland 4-0 pada aksi Liga Negara-Negara UEFA biarpun sebelum itu tewas 0-2 kepada Belgium.

Sementara itu Southgate gembira dengan kemunculan ramai pemain muda berpotensi dalam skuad The Three Lions itu pada ketika ini.

Katanya, kemunculan kesemua pemain berkenaan dilihat mampu menjadikan England sebagai sebuah pasukan yang digeruni dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

"Kita cuma perlu terus membantu pemain-pemain ini meningkatkan permainan mereka khususnya daripada pengalaman yang mereka miliki selama ini,” katanya.