Tinggal kereta di parkir IPD, bawa lari MPV polis

Iklan
MPV Polis jenis Honda Civic yang dilarikan lelaki berusia 30 tahun pagi tadi. - Foto Ihsan Polis

TAIPING - Polis berjaya menahan seorang lelaki yang melarikan sebuah kereta peronda polis (MPV) jenis Honda Civic dari tempat letak kereta di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.28 pagi itu, lelaki berumur 30 tahun terbabit memasuki kawasan IPD Taiping dengan menaiki sebuah kereta jenis Ford Fiesta.

Iklan
Iklan

"Lelaki itu kemudian telah membawa lari MPV polis dan meninggalkan keretanya di kawasan parkir IPD Taiping," katanya ketika dihubungi dan memaklumkan maklumat terperinci akan diberikan kemudian.

Osman berkata, lelaki yang berasal dari Selama itu berjaya ditahan di sekatan jalan raya di Tol Taiping Utara tidak lama selepas kejadian dan dibawa ke IPD untuk tindakan lanjut. - Bernama

Iklan
Iklan