Banteras jenayah: IPK Johor lancar program Mekar di peringkat sekolah
Iklan
Ayob Khan (tengah) menyaksikan majlis serah terima tugas jawatan Ketua JPJKK Johor antara Razimi (kiri) kepada Alzafny di IPK Johor, Johor Bahru hari ini.
JOHOR BAHRU - Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor akan melancarkan Modul Kesedaran Jenayah Kanak-kanak dan Remaja Johor (Mekar) dalam masa terdekat bagi mengurangkan kadar jenayah di negeri ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, program Mekar akan diperkenalkan di sekolah rendah dan menengah sebelum diperluaskan di peringkat masyarakat dalam usaha mencegah serta memberi kesedaran.
Iklan
Iklan
"Mekar adalah usaha Ketua JPJKK Johor, Senior Asisten Komisioner Razimi Ahmad sejak dua bulan lalu dan beliau tidak sempat merasmikannya (kerana bertukar ke Bukit Aman). Kita akan lancarkan selepas keadaan bertukar semula kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Program ini adalah perintis di peringkat IPK yang merupakan satu modul khusus untuk kanak-kanak dan remaja yang merupakan kerjasama IPK Johor dengan pakar-pakar psikologi dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Serah Terima Tugas Ketua JPJKK Johor antara Razimi, 59, kepada Senior Asisten Komisioner Alzafny Ahmad, 44, di IPK Johor di sini hari ini.
Razimi, anak kelahiran Segamat kini menjadi Ketua Penolong Pengarah (D4) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, manakala Alzafny sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah (D4) Risikan, Operasi, Rekod JSJ Bukit Aman sejak 2019.
Iklan
Ayob Khan berharap program Mekar akan dilaksana dan diimplementasikan secara konsisten di peringkat sekolah dalam usaha untuk mengurangkan kadar jenayah di peringkat awal di negeri ini.
Sementara itu, beliau berkata, Razimi semasa menerajui JPJKK IPK Johor banyak melaksanakan program dan langkah-langkah pencegahan jenayah yang memberi kesan termasuk perspektif positif masyarakat terhadap polis.
Menurutnya, sebagai contoh dari Januari hingga September lalu jenayah indeks secara keseluruhan untuk per 100,000 penduduk di IPK ini merekodkan 5,574 kes, manakala nilai ambang jenayah pula 7,488 kes.
"Ini menunjukkan kejayaan polis Johor mengurangkan indeks jenayah dengan kadar yang tidak melebihi nilai ambang sebanyak 1,914 kes dan bersamaan 25.6 peratus," katanya.
"Jenayah kekerasan yang direkodkan bagi tempoh sama adalah 1,017 kes yang tidak melebihi nilai ambang dengan catatan sebanyak pengurangan 445 kes bersamaan 30.4 peratus," katanya.
Katanya, begitu juga jenayah jalanan melibatkan 520 kes samun yang tidak melebihi nilai ambang dengan catatan pengurangan sebanyak 303 kes atau 36.8 peratus.
"Polis Johor juga berjaya mengurangkan indeks jenayah harta benda dengan kadar tidak melebihi nilai ambang sebanyak 1,469 kes atau 24.4 peratus dan jenayah curi motosikal 749 kes atau 28.4 peratus.
"Bagi kes pecah rumah pula mencatatkan penurunan tidak melebihi nilai ambang iaitu 107 kes atau 10.3 peratus," katanya.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.