Pengaktifan Terowong SMART elak banjir di ibu kota
Iklan
KUALA LUMPUR - Pengaktifan sistem Terowong Lebuhraya SMART yang diuruskan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) kelmarin berjaya mengelakkan kejadian banjir di kawasan Masjid Jamek, Lebuh Ampang, Dataran Merdeka, Lebuh Pasar dan Jalan Tun Perak di sini.
Menurut kenyataan SMART semalam, syarikat itu menerima isyarat daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) yang memerlukan penutupan laluan trafik bagi mengaktifkan sistem operasi banjir pada jam 5.40 petang.