KUANTAN - Jalan lama Bentong-Raub berhampiran Kampung Sungai Chetang kira-kira 170 kilometer dari sini ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan ekoran tanah runtuh sepanjang 60 meter yang dipercayai berlaku disebabkan hujan lebat sejak kelmarin.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Seri Norol Azali Sulaiman berkata, jalan itu terpaksa ditutup demi keselamatan rakyat kerana terdapat potensi runtuhan tanah lebih besar boleh berlaku disebabkan aliran air dalam musim tengkujuh sekarang.