[VIDEO] Amanah tetap setia pada PH, sokong Anwar sebagai PM
Iklan
Anwar dan Hasanuddin
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa kesetiaan parti itu terhadap Pakatan Harapan (PH) yang diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah berbelah bahagi.
Naib Presidennya, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus malah berkata, janji Amanah untuk mengangkat Ahli Parlimen Port Dickson itu sebagai Perdana Menteri tetap tidak berubah.
Iklan
Iklan
"Tetapi ia tidak bermakna kami perlu membenci Tun Dr Mahathir Mohamad atau menafikan sebarang keistimewaan dan kepakaran beliau dalam membawa kebaikan kepada negara.
"Beliau (Mahathir) juga mempunyai pengalaman dan kelebihan di peringkat antarabangsa. Amanah tidak wajar dibebankan dengan mewarisi sebarang kebencian yang ada di luar sana,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Iklan
Sebelum ini, pertelingkahan antara penyokong Dr Mahathir dengan Anwar dilihat semakin ketara ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) didakwa dibentuk melalui sokongan majoriti yang tipis.
Mengulas lanjut, Hasanuddin berkata, Amanah dan PH terus memperjuangkan agenda rakyat dan saling berhubungan secara baik.
Iklan
"Kami masih berjuang untuk rakyat dan masih saling mesra antara satu sama lain. Kami terlalu sibuk untuk mengembalikan semula negara dalam kerangka Rahmatan Lil Alamin, Maqasid Syariah dan urus tadbir yang baik,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN Parti Amanah bukan untuk dijual, kata Mujahid
Sementara itu, Hasanuddin berkata, negara akan menjadi huru-hara memandangkan pemimpin daripada parti-parti di bawah PN saling bertelagah, sekali gus hilang tumpuan dalam memutuskan rantaian jangkitan pandemik.
"Membiarkan negara dipimpin oleh kumpulan parti-parti yang bersengketa sesama mereka dan bertopengkan muafakat kepentingan Melayu atau Islam akan membuat negara ini tidak stabil.
"Ketika negara dan kerajaan tidak stabil, tiada siapa dalam kalangan mereka yang fokus membela rakyat terutama pada musim pandemik koronavirus (Covid-19) ini,” katanya.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Empat negeri yang diterajui UMNO akan menggerakkan jentera bahagian dari seluruh negeri bagi membantu kempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jentera bahagian dari Melaka, Johor, Pahang dan Perak akan digerakkan segera.
Ahmad yang juga Ketua Sekretariat War Room UMNO Pusat menjelaskan, penghantaran jentera dari empat negeri itu membuktikan komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Kerajaan Perpaduan.
Jelasnya, setiap negeri akan menjaga dua kawasan pusat daerah mengundi (PDM) dan kemungkinan jumlah diperlukan seramai 10 orang bagi satu PDM.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662818/berita/politik/prk-kkb-umno-gerak-jentera-dari-empat-negeri-bantu-kempen
#SinarHarian #SinarLive #PRKKKB #jenteraUMNO #pilihanrayakecil