PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cop keluar dan masuk di sempadan utama negara.
SPRM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan lelaki pertama dikenali sebagai Yuen Hon Loong, 49, mempunyai dua alamat terakhir di Taman Kota, Yong Peng, Johor dan Batu 6 1/2 Jalan Klang Lama, Petaling Jaya, Selangor.