Ribut dijangka landa empat negeri
Iklan
SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat dan angin kencang di kawasan tertentu membabitkan Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Met Malaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran itu berkuat kuasa Isnin ini membabitkan Johor meliputi Mersing dan Kota Tinggi, manakala kawasan Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.