Tony Fernandes jadi penghantar makanan

Iklan
Perkongsian gambar Tony yang bersedia untuk menghantar makanan di Instagram miliknya hari ini.

SHAH ALAM - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes hari ini berkongsi pengalamannya menjadi penghantar makanan perkhidmatan baharu airasiafood.

Melalui hantaran Instagram miliknya, Tony berkongsi gambar berdiri sambil memegang topi keledar di sisi sebuah motosikal yang dilengkapi beg mengisi makanan berwarna merah tertera huruf 'a' yang merujuk kepada airasiafood.

Iklan
Iklan

"Bersedia membuat penghantaran ke rumah anda. Sila lawati @airasiafood,” tulisnya ringkas.

Setakat jam 8 malam tadi, perkongsian gambarnya itu meraih lebih 11,000 tanda suka dan lebih 300 komen daripada netizen.

Iklan

airasia food adalah platform penghantaran makanan baharu dalam talian yang dicetuskan syarikat penerbangan AirAsia bagi menyokong perniagaan dan francais tempatan dalam tempoh sukar ini.

Ia bagi mempelbagaikan sumber pendapatan menerusi perniagaan bukan penerbangan lain bagi menyokong operasi kumpulan.

Iklan

April lalu, syarikat makanan dan minuman (F&B), Santan yang juga jenama menu dalam penerbangan AirAsia membuka peluang kepada pekerja syarikat penerbangan itu yang terjejas akibat pandemik Covid-19 untuk menjadi penghantar makanan dan menghantar makanan yang dihasilkan syarikatnya.

Ketika itu lebih 50 Allstars (kakitangan AirAsia) yang terdiri daripada kru penerbangan, juruterbang, ejen perkhidmatan darat serta mereka yang bekerja secara harian merebut peluang menjadi penghantar makanan syarikat berkenaan.