Dewan Rakyat panas dengan isu 'DG takut mati'
Iklan
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun mengarahkan Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng keluar Dewan Rakyat dan digantung selama lima hari kerana mempersoalkan keputusan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Azalina Othman Said semalam, ketika mempengerusi persidangan Dewan Rakyat hari ini. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Isu Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang dituduh 'takut mati' terus menghangatkan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Suasana mulai panas ketika Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mahu memulakan sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021.
Iklan
Iklan
Ia menyaksikan sesi perbahasan yang sepatutnya dimulakan oleh Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad pada jam 11 pagi tergendala lebih 15 minit.
Ketegangan bermula apabila Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) bangkit mencelah supaya Speaker membuat 'ruling' atau perintah kepada Menteri Kesihatan selaku pemimpin tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menuntut Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing memohon maaf dan menarik balik kenyataan 'Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah takut mati'.
Iklan
"Saya mohon supaya Speaker beri 'ruling' kepada Menteri Kesihatan dengan memohon yang berhormat Bintulu (King Sing) tarik balik dan minta maaf kerana itu adalah di bawah tugas menteri.
"Menteri perlu keluar untuk pertahankan anak buah mereka. Jadi saya harap Speaker beri satu ruling," katanya.
Iklan
Celahan Tze Tzin turut disokong Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang turut meminta King Sing memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang dibuat semalam.
Azhar kemudian memberi respons terhadap persoalan yang dibangkitkan ahli Parlimen blok pembangkang itu.
Katanya, beliau telah meneliti perintah yang dibuat Timbalan Speaker Speaker, Datuk Seri Azalina Othman Said ketika mempengerusikan persidangan semalam berhubung kenyataan King Sing.
"Saya sudah baca hansard (senarai penyata rasmi), saya berpendapat bahawa retorika ketika berucap perlu dikawal, perkataan diguna (Bintulu) agak kasar tapi saya telah perhalusi hansard saya dapati Timbalan Speaker telah buat 'ruling' (perintah).
"Apabila 'ruling' dibuat saya tidak ada kuasa untuk diubah," katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Penjelasan yang dibuat Azhar itu bagaimanapun menimbulkan ketidakpuasan hati Lim Lip Eng (PH Kepong) yang bangkit mencelah.
"Itu 'ruling' yang bodoh. Jangan speaker bersekongkol," katanya.
Susulan kenyataan bodoh yang dikeluarkan Lip Eng itu, Azhar memerintahkan ahli Parlimen DAP itu supaya keluar Dewan.
"Kamu keluar dua hari. Keluar sekarang. Saya gantung kamu lima hari. Lima hari semuanya," katanya.
Susulan itu, Azhar segera mengarahkan Bentara agar membawa keluar Lip Eng dari dewan.
Lip Eng bagaimanapun tetap berkeras dan menuntut supaya Speaker membuat 'ruling' untuk menuntut King Sing memohon maaf kepada Dr Noor Hisham dan 'frontliners'.
Berang dengan tindakan Lip Eng yang masih enggan keluar dewan, Azhar segera meminta Bentara memanggil polis untuk membawa keluar ahli Parlimen Kepong.
Selepas beberapa ketika Lip Eng keluar meninggalkan Dewan dan keadaan kembali reda.
Dalam pada itu, Dr Mahathir ketika sesi perbahasan turut menyentuh mengenai isu yang menghangatkan dewan itu.
Beliau tidak berasakan Dr Noor Hisham takut mati seperti didakwa King Sing itu.
"Saya tidak fikir dia (Dr Noor Hisham) takut mati, kita semua akan mati," katanya.
Semua ahli Parlimen termasuk Menteri Kabinet dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa untuk menyatakan pendirian secara terbuka mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal didakwa membabitkan ‘mafia korporat’ yang turut dikaitkan dengan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Gesaan itu dibuat lima Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wong Chen (Subang), Hassan Karim (Pasir Gudang), S Kesavan (Sungai Siput), Rodziah Ismail (Ampang) dan Lee Chean Chung (Petaling) Jaya dalam satu sidang akhbar bersama di Parlimen, Kuala Lumpur pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785942/berita/nasional/rci-skandal-mafia-korporat-lima-ahli-parlimen-pkr-tuntut-pm-menteri-nyata-pendirian
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.