Pemandu lori langgar papan sekatan jalan raya positif dadah
Iklan
Lori yang membawa muatan ayam ditahan selepas pemandunya didapati positif dadah.
ALOR GAJAH - Pemandu lori yang melanggar papan pemeriksaan sekatan jalan raya (SJR) di Tol Simpang Ampat, di sini, petang semalam disahkan positif dadah.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, dalam kejadian kira-kira jam1.30 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan anggota bertugas dan orang awam.
Iklan
Iklan
Menurutnya, suspek berusia 26 tahun itu didapati positif dadah jenis methamphemine melalui ujian saringan air kencing.
"Dalam kejadian tersebut suspek yang dalam perjalanan dari Alor Gajah menghala ke Rawang, Selangor telah melanggar papan pemeriksaan sehingga menyebabkan ia patah.
Iklan
"Suspek kemudian ditahan dan diserahkan kepada pihak Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Alor Gajah untuk tindakan lanjut," katanya.
Papan pemeriksaan SJR polis yang rosak dilanggar suspek yang memandu lori dalam pengaruh dadah berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat semalam.
Tambah Arshad, permohonan reman akan dibuat terhadap lelaki itu mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tukang kebun baru dua bulan bekerja jumpa gelang emas RM15,000"><meta itemprop="description" content="Tukang kebun baru dua bulan bekerja jumpa gelang emas RM15,000
Kejujuran seorang tukang kebun di Muzium Samudera, Banda Hilir di Melaka tidak rambang mata apabila memulangkan seutas gelang emas yang dianggarkan bernilai RM15,000, Ahad lalu wajar dipuji, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tengku Anddy Asmawi Tengku Ahamad, 28, yang baru dua bulan bekerja di muzium berkenaan tidak berfikir panjang dan terus menyerahkan gelang seberat 25 gram itu kepada kakitangan muzium.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795651/edisi/melaka-ns/baru-dua-bulan-bekerja-tukang-kebun-pulangkan-gelang-emas-rm15000
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jumpagelangemas #nilaimurni #inspirasi"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-10T06:00:24.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P147S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb6ebv2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb6ebv2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb6ebv2"></script>