Jenazah Mohd Sabri selamat dikebumikan

Iklan
Ibu kepada Allahyarham Komander (B) Mohd Sabri Baharon, Intan Omar, menyiram pusara anaknya di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah KL Karak (Taman Selasih), Batu Caves hari ini. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR.

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Jenazah mangsa helikopter terhempas di Taman Melawati, Allahyarham Komander (B) Mohamed Sabri Baharom selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Batu Caves, hari ini.

Jenazah Allahyarham Mohamed Sabri, 56, sebelum itu disolatkan di Masjid Khaled al Walid Jalan Padang Tembak.

Iklan
Iklan

Dua mangsa yang terselamat dalam kejadian itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Datuk Ahmad Jauhari Yahya dan Tan Chai Eian turut hadir ke tanah perkuburan.

Jenazah mangsa helikopter terhempas di Taman Melawati, Allahyarham Komander (B) Mohd Sabri Baharon selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Batu Caves, hari ini. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR.

Terdahulu, jenazah Mohamed Sabri selesai dibedah siasat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) pada jam 11.30 pagi tadi.

Iklan

Semalam, Mohamed Sabri bersama Mohd Irfan Fikri Mohd Rawi maut manakala dua lagi termasuk seorang wanita selamat dalam nahas melibatkan dua helikopter di Taman Melawati.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kami kenal jam arwah pakai'

Iklan

BSKU mulakan siasatan nahas helikopter: MOT

Helikopter terhempas: Dua maut termasuk bekas tentera laut