[VIDEO] 'Kami kenal jam arwah pakai'

Iklan
Dr Mohd Izani Mohamed Rawi

KUALA LUMPUR -"Saya lihat gambar yang tular di aplikasi WhatsApp dan nampak tangan arwah. Kami kenal jam yang arwah pakai."

Demikian menurut abang sulung kepada Allahyarham Mohd Irfan Mohamed Rawi, 44, salah seorang mangsa nahas helikopter di Taman Melawati yang terkorban dalam kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi tadi.

Iklan
Iklan

Dr Mohd Izani, 48, yang ditemui media di pekarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) begitu tenang ketika didekati media.

Menurutnya, setelah gambar-gambar nahas mula tular, beliau dapat membuat pengecaman berdasarkan jenis helikopter yang terlibat dengan nahas tersebut.

Iklan
Dr Mohd Izani memeluk adik bongsunya, Izyan hazwani, 30, yang tidak dapat menahan kesedihan atas tragedi yang menimpa Allahyarham Mohd Irfan Mohamed Rawi, 44.

"Helikopter biru itu antara yang kerap arwah pandu kerana dia sering bergambar bersama helikopter itu.

"Walaupun belum mendapat sebarang makluman rasmi ketika itu, saya dapat kenal pasti berdasarkan gambar," katanya.

Iklan

Allahyarham Mohd Irfan merupakan anak keempat daripada 10 beradik meninggalkan seorang balu dan lima orang anak berusia tiga hingga 15 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kami kenal jam arwah pakai'

BSKU mulakan siasatan nahas helikopter: MOT

Helikopter terhempas: Dua maut termasuk bekas tentera laut