1,032 penagih dicekup AADK Melaka
Iklan
Chee Leong (empat, kanan) menyerahkan kit ujian saringan air kencing kepada seorang pemandu pada operasi itu yang dijalankan di Melaka Sentral, di sini, tadi.
MELAKA TENGAH - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri mencatatkan seramai 1,032 ditahan dalam pelbagai operasi yang dijalankan sepanjang tahun lalu.
Exco Kesihatan dan, Antidadah Low Chee Leong berkata, jumlah itu termasuk serbuan dalam negeri ini yang membabitkan sebanyak 161 ops cegah, 38 ops sarang dan 11 ops perdana yang turut memberi tumpuan di tujuh kawasan Perangi Dadah Habis-habisan (PDH).
Iklan
Iklan
Menurutnya, daripada jumlah itu juga 845 disahkan positif dalam saringan awal air kencing manakala 648 dikesan positif ketika keputusan pengesahan ujian air kencing dari Jabatan Patalogi dan mereka yang ditahan berumur diantara 20-an hingga 70 tahun.
Katanya, program PDH yang bermula di Tanjung Minyak sejak tahun 2016 mencatatkan penurunan kes sebanyak 70 peratus daripada 79 kepada 30 kes selain tiada kes berulang yang direkodkan.
Iklan
"Ini dianggap sebagai satu kejayaan dan kita akan terus menggerakkan program PDH seperti di kawasan semak samun, kawasan perindustrian, tanah persendirian dan ladang sawit yang dikenal pasti sebagai 'port' penagihan dadah.
"Tujuh kawasan yang telah dilaksanakan program PDH tahun lalu termasuk Tanjung Minyak, Banda Hilir, Bandar Alor Gajah dan Masjid Tanah termasuk di Merlimau dan Serkam dalam daerah Jasin," katanya.
Iklan
Chee Leong berkata demikian kepada pemberita ketika Operasi AADK di Melaka Sentral di sini, hari ini.
Hadir sama, Pegarah AADK negeri, Mohamad Yusof Kameh.
Chee Leong yang juga Adun Kota Laksmana berkata, dalam operasi itu seramai 65 pemandu bas termasuk bas ekpress dan domestik yang disaring ujian air kencing dan keputusan yang diperolehi kesemua mereka didapati negatif dadah.
"Keputusan hari ini lebih baik berbanding tahun sebelum ini yang merekodkan seorang pemandu positif dadah dan saya harap kita dapat kekalkan sifar pemandu yang positif pada operasi kali ini," katanya.
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.