PTPTN sambut baik lanjutan pelepasan cukai

Iklan
Kerajaan mengumumkan pelepasan cukai sehingga RM8,000 bagi simpanan bersih SSPN dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2022.

SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyambut baik inisiatif yang diberikan kepada pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dalam Belanjawan 2021.

Menerusi satu kenyataan, PTPTN berkata, pelepasan cukai sehingga RM8,000 setahun bagi simpanan bersih dalam SSPN dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2022.

Iklan
Iklan

Menurutnya, inisiatif yang diumumkan itu adalah cadangan daripada PTPTN untuk memberi galakan kepada ibu bapa agar terus membuat simpanan bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak mereka.

"PTPTN berterima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana inisiatif yang diberikan kepada pendeposit SSPN dalam Belanjawan 2021 pada petang Jumaat,” katanya menerusi kenyataan tersebut hari ini.

Iklan

Menerusi kenyatan sama, PTPTN berkata, rakyat Malaysia bertuah kerana mempunyai kerajaan prihatin dalam menyediakan keperluan rakyat terutama dari aspek kewangan bagi persediaan anak-anak untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi demi masa depan yang lebih cemerlang.

Dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan hari ini, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, untuk memastikan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang mendapat pinjaman PTPTN dapat mengikuti pembelajaran secara dalam talian, kerajaan bekerjasama dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menyediakan RM100 juta bagi pembiayaan Skim BSN MyRinggit-i COMSIS iaitu skim pinjaman komputer riba.

Iklan

"Bagi terus menggalakkan ibu bapa menyimpan untuk membiayai kos pendidikan tinggi anak-anak mereka, pelepasan cukai sehingga RM8,000 bagi simpanan bersih SSPN dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2022,” katanya.