Biden hanya kurang 6 undi untuk menang

Iklan
BIDEN

WASHINGTON- Calon demokrat Joe Biden hanya memerlukan enam lagi undi elektoral untuk memenangi jawatan presiden Amerika Syarikat (AS) selepas kemenangannya di Michigan, memetik unjuran Fox News lapor Agensi Sputnik.

Biden diramal memperoleh 16 undi elektoral di negeri ini selepas mendahului dengan 49.9 peratus berbanding 48.6 peratus yang diraih Presiden Donald Trump.

Iklan
Iklan

Sebanyak 99 peratus undi sudah dikira, lapor Fox. Ia menjadikan Biden hanya memerlukan enam lagi undi daripada 270 yang diperlukan untuk muncul sebagai presiden AS yang baharu, kata laporan itu. - Bernama

Iklan
Iklan