Trump rapatkan jurang dengan Biden di Nevada

Iklan
Proses pemilihan bakal menentukan sama ada Biden (kiri) atau Trump dilantik sebagai Presiden ke-46 AS.

WASHINGTON - Kelebihan besar yang dimiliki Joe Biden di Nevada menyusut beberapa jam selepas calon Demokrat itu mendahului di negeri itu, lapor agensi berita Sputnik memetik Fox News.

Dengan 67 peratus kertas undi dikira, Biden di depan dengan 49.2 peratus manakala penyandang Presiden Donald Trump menguasai 48.6 peratus.

Iklan
Iklan

Awal Rabu, Biden mendahuli dengan 51.8 peratus. Trump pula mendapat 46.3 peratus ketika itu dengan 49 peratus undi dikira.

Negeri itu memiliki enam undi elektoral. - Bernama

Iklan
Iklan