'Tidak kompromi pihak ganggu gugat keharmonian negara'
Iklan
Mohd Azis - Foto Bernama
SUBANG JAYA - Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan yang memasuki kawasan kuil Sri Maha Mariamman di sini, sehingga mencetuskan kekecohan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, pihak polis tidak akan memilih bulu dalam memastikan undang-undang dan peraturan negara dipatuhi.
"Polis akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan yang bertindak masuk ke kawasan kuil sehingga mencetuskan kekecohan.
"Tidak ada kompromi kepada mereka yang sengaja cuba menganggu gugat keamanan dan keharmonian negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Keadaan di kuil, kawasan sekitar terkawal]
Beliau turut menggesa semua pihak tidak mengambil tindakan sesuka hati dan mengikut pertimbangan sendiri yang hanya akan menimbulkan kekacauan dan masalah lebih buruk.
"Sebarang pertikaian antara pihak kuil dengan pemaju perlu diselesaikan secara perbincangan dan berlapang dada, bukannya menerusi kekerasan atau keganasan,” katanya.
Dalam pada itu, Azis berkata, sikap profesionalisme dan kematangan polis mengawal keadaan berjaya mengelakkan kejadian lebih buruk daripada berlaku.
"Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang mencetuskan provokasi sehingga menyebabkan kerosakan di tempat awam dan akan dibawa ke muka pengadilan,” katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Anggota bomba cedera, jentera dirosakkan]
Iklan
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Banjir berulang hingga tiga kali, Anwar arah projek tebatan dipercepat"><meta itemprop="description" content="Kerajaan akan menyalurkan bantuan tambahan kepada mangsa banjir di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, selain mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi mengurangkan risiko kejadian sama berulang, laor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara projek yang perlu diberi keutamaan termasuk kerja-kerja pelebaran sungai, pembinaan kolam takungan tambahan serta pengorekan sungai yang kontraknya sudah dimuktamadkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803084/berita/nasional/banjir-berulang-hingga-tiga-kali-anwar-arah-projek-tebatan-banjir-dipercepat
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #banjirkilat #PPS"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T07:11:52.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P60S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt276y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt276y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt276y"></script>