Petronas akan bayar dividen RM34 bilion kepada kerajaan
Iklan
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Petronas akan membayar dividen sebanyak RM34 bilion kepada kerajaan Persekutuan pada tahun ini, meskipun mencatatkan kerugian pada suku kedua tahun 2020, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamad.
Beliau berkata, sejak penubuhannya pada tahun 1974, Petronas telah membayar RM488 bilion kepada kerajaan dalam bentuk dividen.
Iklan
Iklan
"Pada 2019, jumlah dividen yang dibayar oleh Petronas adalah sebanyak RM54 bilion, termasuk dividen khas sebanyak RM30 bilion,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) yang ingin tahu sama ada Petronas akan tetap memberi dividen kepada kerajaan pada tahun ini setelah mencatatkan kerugian RM21 bilion pada suku kedua berakhir 30 Jun 2020.
Iklan
Hok Liong turut ingin tahu mengenai impak kerugian tersebut dan implikasi kepada ekonomi negara secara amnya serta pelan ekonomi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) secara khususnya.
Mustapa berkata, RMK12 yang pada awalnya dijadual dibentangkan pada 6 Ogos 2020 di Dewan Rakyat telah ditangguhkan kepada awal tahun depan bagi membolehkan kerajaan mengambil kira perubahan yang disebabkan oleh pandemik Covid-19.
Iklan
"Memandangkan Covid-19 telah memberi impak yang ketara kepada ekonomi dunia termasuk Malaysia, maka analisis ekonomi yang diguna pakai ketika penyediaan dasar, strategi dan inisiatif RMK12 perlu disemak semula terutamanya unjuran pertumbuhan ekonomi negara.
"Selain itu, penangguhan ini dibuat bagi membolehkan lebih banyak sesi libat urus bersama semua pihak berkepentingan diadakan, termasuk kementerian dan agensi, kerajaan negeri serta pakar ekonomi,” katanya.
Katanya, langkah ini untuk memastikan inisiatif yang dirangka di bawah RMK12 sejajar dengan aspirasi dan dasar semasa yang menjadi tunjang kepada kerajaan selain memastikan perancangan RMK12 dibuat berdasarkan anggaran kedudukan ekonomi dan fiskal yang lebih realistik. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>