Kuala Lumpur tak perlu 'mandi peluh' sambar tiket suku akhir

Iklan
Undian Piala Malaysia 2020

KUALA Lumpur menjadi pasukan pertama layak ke saingan suku akhir TM Piala Malaysia 2020 apabila mendapat bye pada majlis undian pusingan pertama yang berlangsung hari ini.

Skuad The Hawks itu mendapat bye apabila diundi berdepan Sabah yang tidak dapat beraksi berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan di seluruh negeri itu berikutan pandemik Covid-19 ketika ini.

Iklan
Iklan

Biarpun dijadual beraksi di gelanggang sendiri dalam pertemuan tersebut, namun disebabkan arahan daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang melarang pergerakan keluar skuad Tambadau itu dari negeri berkenaan, Kuala Lumpur kini sah menjadi pasukan pertama layak ke suku akhir.

Terdahulu, majlis undian yang diadakan secara tertutup dan disiarkan secara langsung di Facebook Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) itu disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan dan Ahli Lembaga Pengarah MFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi

Iklan

Berdasarkan kepada format baharu pertandingan kali ini susulan pandemik Covid-19, saingan Piala Malaysia 2020 juga menyaksikan tiada lagi saingan peringkat kumpulan mahupun aksi timbal balik sebagaimana yang dilakukan sebelum ini.

Pusingan pertama bakal berlangsung mulai 6 hingga 8 November ini manakala aksi suku akhir (12 hingga 13 November), separuh akhir (17 November) dan perlawanan akhir pada 22 November.

Iklan