Tenaga percuma jadi persoalan

Iklan

KEBELAKANGAN ini ramai yang memperkatakan soal tenaga secara percuma. Justeru berita kononnya saintis berjaya menerobos lapisan udara di persekitaran yang mengandungi cas elektrik sebagai sumber tenaga secara percuma harus diambil serius. Majalah on-line ‘The Guardian’ melaporkan seorang saintis berjaya mencipta bahan gentian baru yang mampu menuai tenaga elektrik daripada persekitaran.

Bahan gentian baru ini dicipta berbentuk helaian elektronik dicas daripada udara di sekeliling kita yang mampu mengecas telefon bimbit, komputer riba dan alat gajet elektronik lain. Kumpulan saintis di Institut Teknologi Massachusetts (MIT) diketuai Tomas Palacios mendedahkan mereka berada pada peringkat akhir untuk menyudahkan penyelidikan tersebut.

Iklan
Iklan

Bahan gentian yang sangat nipis dicipta menyerap tenaga daripada ‘internet tanpa wayar’ dan gelombang elektromagnetik di sekeliling kita lantas mengubahnya menjadi tenaga elektrik. Bahan gentian baru ini boleh dibentuk senipis kain lapik-meja sehingga sebesar dinding bangunan untuk menjana kuasa elektrik. Ini bermakna manusia kini berpeluang mendapatkan tenaga secara percuma.

Perkara ini sebenarnya tidak mustahil kerana ALLAH SWT telah menyatakan kejadian alam ini bermanfaat kepada kehidupan sebagaimana tercatat dalam Surah Al-Baqarah [2:29] bermaksud:"Dia-lah ALLAH, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak menuju langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.”

Iklan

ALLAH telah memberi kita suatu pencerahan melalui Surah Al-A’raaf [7:54] yang bermaksud:"Sesungguhnya Tuhan kamu ialah ALLAH yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas Arasy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci ALLAH, Tuhan semesta alam.”

Ahli astronomi telah menyatakan bahawa setiap galaksi mempunyai sistem graviti yang mengikat bintang, sisa bintang, gas interstellar, debu dan bahan gelap untuk membentuk medan magnet. Galaksi mempunyai medan magnet tersendiri untuk memacu aliran masuk jisim ke pusat galaksi sekali gus mengubahsuai pembentukan lengan spiral sehingga membuat putaran gas pada kawasan luar galaksi. Medan magnet kemudiannya menyediakan pengangkutan momentum sudut yang diperlukan bagi pemecahan awan gas untuk membentuk bintang baru.

Iklan

Keseimbangan kekuatan magnet antara galaksi ini terbukti secara ilmiah bahawa matahari mempunyai garis edarnya untuk mengelilingi galaksi kita. ALLAH telah menjelaskan tentang langit dan bumi ini lebih dari 111 kali dalam al-Quran.

Antaranya Surah Yaassin [36:38] Allah berfirman maksudnya:"Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikian ketetapan Yang Maha Perkasa Lagi Maha Mengetahui.” Seterusnya Surah Ambiyaa [21:33]:"Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.”

Fenomena ini adalah salah satu kaedah kejuruteraan kawalan pintar yang dibangunkan berdasar hubungan antara set elemen dalam sesuatu sistem alam semesta. Proses integrasi alam semesta digabungkan dan membentuk perlawanan bagi mengelakkan jalinan antara dua sub-set elemen. Hukum matematik kejuruteraan menjelaskan dengan cara hasil darab (multiplication) antara dua elemen. Maksudnya, setiap sub-set elemen terjalin sepenuhnya dengan elemen atau alam semesta.

Penulis juga telah mula membangunkan kajian pembangunan sistem kawalan kejuruteraan tertinggi iaitu Sistem Kawalan H-infiniti yang bermaksud garisan hidrogen tiada penghujungnya. Garisan hidrogen ini dirujuk sebagai garis spektrum radiasi elektromagnetik yang berubah dalam keadaan tenaga atom hidrogen neutral. Radiasi elektromagnet ini dalam frekuensi tepat bersamaan dengan panjang gelombang vakum dalam ruang bebas atau ruang lingkup alam semesta.

Apabila atom ini berputar selari, berlaku tindakan magnetik pada kutub yang selari bertentangan arah kerana elektron dan proton mempunyai caj bertentangan. Justeru, konfigurasi ini sebenarnya mempunyai tenaga yang lebih rendah seperti dua magnet yang disusun sejajar.

Momen magnetik pada kutub dianggap sebagai gelung kecil yang mengelilingi setiap elektron. Apabila arus terbentuk selari, momen magnetik pada kutub akan selari yang mempunyai tenaga yang lebih rendah. Fenomena ini sedang dikaji supaya ia mampu dijadikan sebagai rujukan metodologi kepada pembangunan sistem kawalan tertinggi H-infiniti.

ALLAH telah menyatakan fenomena ini secara tersembunyi dalam Surah Al-Fushshilat [41:10-13] untuk mencabar manusia agar membongkar rahsia kejadian alam dengan ayat yang bermaksud:

"Dan Dia menciptakan di bumi itu gunung-gunung yang kukuh di atasnya. Dia memberkatinya dan Dia menentukan padanya kadar makanan-makanan (penghuni) nya dalam empat masa. (Penjelasan itu sebagai jawaban) bagi orang-orang yang bertanya. Kemudian Dia menuju langit, dan langit itu masih merupakan asap lalu Dia berkata kepada bumi:"Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa". Keduanya menjawab:"Kami datang dengan suka hati.

"Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Jika mereka berpaling maka katakanlah:"Aku telah memperingatkan kamu dengan petir, seperti petir yang menimpa kaum Ad dan kaum Tsamud.”

Penulis sentiasa percaya bahawa tenaga percuma secara percuma mampu dicetuskan kerana setiap kejadian di bumi ini sememangnya ada manfaat kepada manusia. Bagaimanapun bergantunglah kepada manusia untuk memanfaatkan setiap kejadian ALLAH. Persoalan tenaga percuma amat menyeronokkan penulis kerana kini berpeluang untuk meneroka persoalan ini.

Apakah sememangnya tenaga boleh didapati secara percuma? Walhal selama ini kita perlu membayar untuk menerima bekalan tenaga elektrik dan air. Penulis percaya laporan The Guardian tepat pada masanya kerana ketika ini ramai yang mempersoalkan bekalan secara percuma.

*Penulis adalah Pengarah Institut Kejuruteraan Sukan Pusat Kecemerlangan Universiti Selangor (Unisel)