Duduk rumah dua minggu ini: KP Kesihatan

Iklan
Dr Noor Hisham Abdullah

SHAH ALAM - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meminta rakyat terus berada di rumah jika tidak ada urusan penting di luar dalam tempoh dua minggu ini bagi memutuskan rantaian koronavirus (Covid-19) dengan lebih berkesan.

Memetik laporan Berita Harian, Dr Noor Hisham berkata, jika kita tiada urusan penting di luar, kalau boleh duduk di rumah untuk tempoh dua minggu.

Iklan
Iklan

"Kalau kita boleh duduk di rumah untuk tempoh dua minggu kita boleh memutuskan penularan Covid-19.

"Kalau kita terpaksa keluar daripada rumah pastikan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP), pakai pelitup muka, amalkan penjarakkan fizikal sekurang-kurangnya satu meter dan kerap mencuci tangan,” katanya.

Iklan

Mesej itu dinyatakan oleh beliau setiap kali sidang media harian kementerian dan dalam bentuk video di media sosial bagi mengingatkan rakyat supaya patuh kepada SOP dan bersama-sama melandaikan lengkuk jangkitan dalam gelombang ketiga ini.

Beliau berkata, orang ramai perlu mengamalkan 3C iaitu elakkan berada di tempat sesak dan sempit serta berbual pada jarak dekat.

Iklan

"Itulah vaksin yang kita ada, sekarang ini kita tidak ada vaksin, kita tiada ubat tetapi kita boleh elakkan dijangkiti kalau kita patuh pada SOP diketengahkan,” katanya.

Menurutnya, isu utama pada masa ini adalah ketidakpatuhan kepada SOP dan semua pihak harus sama-sama menjaga diri, keluarga, masyarakat serta negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Kadar kebolehjangkitan di Malaysia kini 1.1