80 rumah di Kuala Besut dibadai ribut
Iklan
Gambar hiasan.
BESUT - Lebih 80 buah rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, di sini rosak akibat ribut dan hujan lebat yang melanda petang semalam.
Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Asbi Salleh berkata kejadian yang berlaku menjelang waktu Maghrib itu menyebabkan bumbung beberapa rumah serta premis perniagaan di enam buah kampung di sini, diterbangkan ribut.
Iklan
Iklan
"Ada juga rumah yang mengalami kerosakan akibat pokok tumbang, dan kampung yang paling teruk terjejas ialah Kampung Lay Out Tok Saboh, Kampung Tok Saboh, dan Kampung Alor Peroi, serta beberapa kampung lain,” katanya.
Beliau yang ditemui ketika melawat beberapa rumah mangsa ribut di Kampung Lay Out Tok Saboh hari ini berkata, kerajaan negeri akan berusaha membantu membaiki bumbung beberapa rumah penduduk kampung yang terjejas akibat kejadian.
Iklan
Seorang penduduk yang ditemui, Muhammad Hanif Danial Mohd Rozfaiza, 18, berkata, rumah keluarganya antara rumah paling awal dan rosak teruk dipukul ribut dalam kejadian itu.
"Ketika kejadian saya bersama ibu dan tiga adik berada di dalam rumah apabila hujan lebat diikuti angin puting beliung yang membadai rumah kami.
Iklan
"Tiba-tiba bunyi kuat di bahagian atap rumah dan saya mendapati kesemua bumbung tercabut lalu saya melaungkan azan sebelum kami lari keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri,” tambahnya.
-Bernama
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal