'Ayah hilang sejak semalam'
Iklan
Operasi pencarian turut dilakukan di sekitar Sungai Chepir yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah mangsa. Gambar kecil: Ek Liau dilaporkan tidak pulang sejak semalam.
SIK - Seorang warga emas dikhuatiri hilang dari rumahnya di Kampung Charuk Padang, kira-kira jam 3 petang semalam.
Menantunya, Vena Teh, 31, berkata, bapa mertuanya, Ek Liau Dintin, 81, kali terakhir dilihat berada di luar rumah, petang semalam.
Iklan
Iklan
Menurutnya, dia mengiringi mangsa masuk ke dalam rumahnya yang terletak berdekatan antara satu sama lain sebelum balik semula ke rumah sendiri.
"Dia suka duduk di dangau di luar rumah, sambil berehat dan ambil angin di situ.
Iklan
"Dalam jam 3 semalam, saya bawa dia masuk rumah dan minta berehat dan saya balik ke rumah. Lepas 15 minit, anak bagi tau, bapa tak ada di rumah, puas kami cari merata-rata," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, bapa mentuanya jarang ke mana-mana dan hanya berada di rumah sejak keadaan kesihatannya tidak mengizinkan serta sudah nyanyuk.
Iklan
Katanya, seluruh ahli keluarga sudah mencari sekitar kampung.
Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik, Leftenan (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kehilangan warga emas berkenaan pada jam kira-kira 9 pagi tadi.
"Operasi pencarian dimulakan dengan kerjasama beberapa agensi di lokasi kejadian. Rumah mangsa terletak 100 meter dari Sungai Chepir dan operasi pencarian turut dilakukan di sekitar sungai.
"Difahamkan, mangsa hanya memakai tuala kecil dan tidak berselipar ketika keluar dari rumahnya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintenden Razak Osman berkata, laporan polis berhubung kehilangan itu dibuat ahli keluarga mangsa pagi tadi.
"Pencarian turut menggunakan khidmat bantuan anjing pengesan ke kawasan berdekatan," katanya.
Operasi turut dibantu anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.