BARISAN pemain berpengalaman mampu membawa Kelantan United memberikan saingan sengit pada penampilan sulung Kijang Hijau itu dalam kempen TM Piala Malaysia yang dijadualkan bermula pada 6 November depan.
Ketua jurulatih Kelantan United, Mohd Nazrulerwan Makmor berkata, pemain seperti Shahrizan Ismail, Daudsu Jamaluddin, Amiridzwan Taj dan Faizol Nazlin boleh menggalas cabaran dan membentuk gandingan yang baik dengan pemain muda bagi mengharungi saingan merebut piala berprestij itu.