SHAH ALAM - Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bertekad meyakinkan semua rakan dalam parti UMNO untuk memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen bulan depan.
Menurut laporan Malay Mail, beliau berjanji untuk memastikan semua ahli Parlimen kerajaan menyokong pembentangan belanjawan itu bagi mengelak daripada Muhyiddin mengisytiharkan darurat.