'Kerajaan PN bukan lagi pembela nasib rakyat'
Iklan
Putrajaya. FOTO: ROSLI TALIB Gambar kecil: Aswannudin
IPOH - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini mungkin tidak lagi dilihat sebagai pembela nasib rakyat, kata Presiden Majlis Belia Negeri (MBN) Perak, Aswannudin Hariffudin.
Beliau berkata, pada awal penubuhan lalu kononnya atas semangat muafakat untuk membela nasib rakyat, tetapi sejak akhir-akhir ini jelas kelihatan pelbagai tuntutan jawatan berserta lain-lain imbuhan yang diakhiri dengan ugutan demi ugutan.
Iklan
Iklan
"Ada kalanya keputusan yang dibuat ketika ini umpama tak lantik salah, dah dilantik pun salah.
"Bermula atas semangat bertolak ansur, semenjak akhir-akhir ini umpama menolak beransur-ansur.
Iklan
"Ahli Politik sepatutnya ikhlas dalam menjaga kebajikan rakyat dan tidak harus mengeluarkan ucapan retorik semata-mata umpama pepatah Melayu, 'telunjuk lurus, kelingking berkait," katanya.
Menurutnya, pimpinan kerajaan sepatutnya berpegang kepada asas di awal pembentukan kerajaan baru iaitu demi menjaga kebajikan dan keselamatan rakyat.
Iklan
Namun katanya, ketidaktentuan yang berlaku sekarang menyebabkan laluan semakin sukar dan berliku ke arah memulihkan kesihatan dan ekonomi rakyat.
"Rakyat semakin meluat dan marah dengan polemik politik seumpama ini kerana dalam situasi getir ini, agenda rakyat seharusnya menjadi keutamaan dan bukan hanya sekadar memenuhi agenda peribadi," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abdul Hadi dedah kedutaan AS pernah 'risik' calon PM daripada Pas"><meta itemprop="description" content="Abdul Hadi dedah kedutaan AS pernah 'risik' calon PM daripada Pas
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah mengajukan soalan mengenai calon Perdana Menteri yang akan diketengahkan oleh parti itu dalam satu pertemuan di kedutaan berkenaan.
Menurut beliau, soalan tersebut diajukan secara langsung kepadanya selepas dua pimpinan kanan Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, terlebih dahulu menghadiri pertemuan dengan pihak kedutaan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794980/berita/politik/abdul-hadi-dedah-kedutaan-as-pernah-risik-calon-pm-daripada-pas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbdulHadi #Politik #CalonPM #AmerikaSyarikat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-05T12:10:32.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb462qe"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb462qe"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb462qe"></script>