Lelaki ditahan miliki senjata berbahaya: Polis
Iklan
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah ditahan bersama beberapa senjata tajam dan peralatan pecah rumah dalam operasi di sekitar Jalan Klang Lama di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin@Hilmi berkata, lelaki berumur 32 tahun itu ditahan sepasukan polis pada kira-kira jam 4.30 pagi dan siasatan awal mendapati lelaki tersebut mengaku terlibat dalam beberapa kes pecah rumah di sekitar kawasan Brickfields.