Dungun rekod wabak aktif denggi
Iklan
Dr Nor Azimi
KUALA TERENGGANU – Daerah Dungun merekodkan satu wabak aktif denggi melibatkan kawasan Kompleks Perdana Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dijangka tamat pada 29 Oktober 2020.
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, kes denggi di Terengganu tahun ini mencatatkan penurunan kes sebanyak 30.2 peratus (151 kes) berbanding tempoh sama tahun lalu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, sehingga 17 Oktober 2020, sebanyak 349 kes denggi direkodkan berlaku di negeri ini berbanding 500 kes pada tahun sebelumnya.
"Kuala Terengganu merupakan daerah yang mencatatkan kes tertinggi dengan bilangan sebanyak 192 kes diikuti dengan Kuala Nerus (52), Kemaman (26), Dungun (25), Besut (24), Marang (15), Hulu Terengganu (10) dan Setiu (5).
Iklan
"Semua daerah menunjukkan penurunan kes berbanding tempoh yang sama pada tahun 2019 dan tiada kes kematian denggi yang dilaporkan berlaku di Terengganu setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, sebanyak 21 episod wabak telah berlaku di Terengganu sehingga 17 Oktober lalu dengan 17 episod wabak berlaku di daerah Kuala Terengganu diikuti dua episod di Hulu Terengganu dan masing-masing satu episod di Kuala Nerus dan Dungun.
Iklan
Dalam pada itu, Nor Azimi berkata, orang ramai diminta mengamalkan langkah pencegahan demam denggi bagi menurunkan kadar jangkitan.
Katanya, antara langkah boleh diambil ialah dengan meluangkan masa 10 minit setiap minggu untuk aktiviti cari dan musnahkan tempat pembiakan Aedes (bekas takungan air) di dalam dan di luar rumah masing-masing serta di tempat kerja dan mengurangkan aktiviti di luar rumah semasa awal pagi serta lewat petang untuk mengelakkan digigit nyamuk.
Selain itu, katanya, pintu dan tingkap perlu ditutup menjelang senja untuk mengelakkan nyamuk terbang ke dalam rumah, meletakkan bahan pembunuh jentik-jentik di dalam bekas air besar yang digunakan serta melakukan semburan aerosol di dalam rumah mengikut arahan pada label tin aerosol untuk membunuh nyamuk dewasa terutama pada awal pagi dan lewat petang.
"Individu yang mempunyai simptom demam denggi diminta segera ke klinik berhampiran,” katanya.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal