Cuaca sejuk ancam nyawa bakal landa AS

Iklan
Suhu di hampir 12 negeri diramalkan mencecah suhu rendah paling maksimum.

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Puluhan juta rakyat Amerika Syarikat (AS) diancam cuaca sejuk berpotensi mengancam nyawa yang dijangka melanda negara itu pada Rabu.

Ancaman itu menyebabkan kebanyakan syarikat menasihatkan pekerja mereka supaya tidak keluar rumah selain sekolah ditutup dan ratusan penerbangan terpaksa dibatalkan.

Iklan
Iklan

Suhu di hampir 12 negeri meliputi kawasan sejauh 1,930 kilometer diramalkan mencecah suhu rendah paling maksimum.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaaan meramalkan suhu antara -23 hingga -40 darjah Celsius melanda di seluruh Midwest dengan angin sejuk mencecah -53 Celsius di satu kawasan Minnesota. - AFP

Iklan
Iklan