Wafaq pelaris ditemui di restoran
Iklan
PONTIAN - Sebuah restoran di daerah ini dikesan menggunakan paparan ayat Al-Quran bercampur nombor dan tulisan dikenali sebagai wafaq dipercayai bagi pelaris jualan.
Kegiatan menyalahi akidah itu terbongkar ketika operasi pemeriksaan halal membabitkan pelbagai agensi penguat kuasa di premis berkenaan, hari ini.
Iklan
Iklan
Pegawai Pemantauan dan Penguat Kuasa Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Nasri Selamat berkata, pihaknya mengarahkan paparan ayat di atas helaian aluminium yang digantung di kaunter bayaran itu diturunkan.
"Paparan ayat yang ditemui itu diserahkan kepada bahagian penyelidikan JAINJ untuk tindakan selanjutnya. Difahamkan, ada yang menggelarnya wafaq kerana jika lihat dari dekat terdapat nombor, huruf dan ayat-ayat yang diputuskan.
Iklan
"Hasil pemeriksaan yang dijalankan juga mendapati wujud kesalahan baris dan huruf teks Al-Quran yang dipamerkan,” katanya.
Menurutnya, paparan ayat itu kemudian dirampas kerana dibimbangi boleh merosakkan akidah.
Iklan
"Premis restoran yang terlibat itu sudah diarahkan menurunkan paparan teks Al-Quran itu serta merta dan perkara ini menjadi kesalahan di bawah Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sumber air terhad, bomba berdepan cabaran padam kebakaran paya gambut"><meta itemprop="description" content="Tiupan angin kencang, cuaca panas dan sumber air yang terhad menjadi cabaran utama anggota bomba memadam kebakaran hutan paya gambut seluas 51.4 hektar di Jalan Bypass Sebana Cove-Punggai, Pengerang, Kota Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Baharuddin Idris berkata, keadaan cuaca kering dan angin kencang ketika ini menyebabkan api berisiko merebak dengan lebih pantas selain menyukarkan operasi pemadaman di kawasan hutan dan paya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793437/edisi/johor/sumber-air-terhad-bomba-berdepan-cabaran-padam-kebakaran-paya-gambut
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bomba #Kebakaran #PayaGambut"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-25T08:14:23.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dj4GQ1gZKxlN776IX/x1080"><meta itemprop="duration" content="P90S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb0ldlm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb0ldlm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb0ldlm"></script>