MCA tetap bersama BN, tolak Anwar

Iklan
Chong Sin Woon

SHAH ALAM - MCA berpendirian untuk tidak menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon berkata, keputusan itu dibuat oleh Biro Politik MCA yang bermesyuarat dengan Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, MCA berpegang teguh dengan keputusan Barisan Nasional (BN) yang menetapkan tidak akan bersama ketua pembangkang itu dalam penubuhan kerajaan.

"MCA juga menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terutama dalam keadaan negara memerangi Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Tegasnya, kestabilan politik merupakan prasyarat untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dan menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia.

"Oleh itu, wajar bagi semua parti politik untuk memfokuskan usaha mereka kepada pemulihan ekonomi dan menghentikan semua pergolakan politik yang mengorbankan rakyat,” katanya.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Empat lagi Ahli Parlimen UMNO nafi sokong Anwar

18 Ahli Parlimen Pas sokong Muhyiddin