Ahmad Masrizal sudah pulih, keluar hospital hari ini
Iklan
SHAH ALAM – Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Dr Ahmad Masrizal Mohamad yang sebelum ini positif pandemik koronavirus (Covid-19) telah disahkan pulih dan dibenarkan discaj dari hospital.
Setiausaha Sulitnya, Muhammad Aedi Rizwan Suhaimi dalam satu kenyataan memaklumkan, ketuanya itu dibenarkan keluar dari Hospital Sungai Buloh hari ini selepas 11 hari menerima rawatan.