Anwar buat penerangan mengenai 'majlis menghadap Agong'
Iklan
Gambar Anwar dan Saifuddin pada sesi pertemuan secara maya menerusi Zoom turut dimuat naik di Facebook PKR hari ini.
SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan khas secara maya dengan pemimpin kanan dan wakil-wakil rakyat PKR menerusi aplikasi Zoom hari ini.
Dalam pertemuan maya itu Anwar memberi penekanan kepada jurucakap Parlimen PKR tentang keperluan sentiasa bekerja keras di portfolio masing-masing, tidak kira di dalam atau di luar Parlimen.
Iklan
Iklan
Ia termasuk mengenai usaha menangani wabak koronavirus (Covid-19), situasi politik semasa serta majlis menghadap Anwar dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada minggu hadapan.
Intipati pertemuan maya bersama Presiden PKR itu didedahkan oleh Setiausaha PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi PKR sebentar tadi.
Iklan
"Hari ini Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan menerusi Zoom dengan ahli Majlis Pimpinan Pusat serta wakil-wakil rakyat PKR," kata Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu.
Beliau berkata, Presiden menekankan beberapa perkara penting yang perlu diingat untuk PKR terus bergerak ke hadapan, termasuk keperluan meningkatkan usaha untuk terus berkhidmat kepada rakyat Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN: Anwar menghadap Agong Selasa ini
Iklan
Menurutnya, Anwar memberi penekanan kepada jurucakap Parlimen PKR tentang keperluan sentiasa bekerja keras di portfolio masing-masing, tidak kiralah di dalam atau di luar Parlimen.
"Mereka tidak boleh berfungsi hanya untuk menyatakan pendirian parti semata-mata, tetapi perlu bertindak sebagai penjaga kepentingan awam mengikut portfolio masing-masing.
"Penting untuk mereka bekerja secara aktif dan sering berinteraksi dengan pihak berkepentingan dalam menghadapi cabaran berkaitan dengan sektor yang berada di bawah portfolio mereka," katanya.
Saifuddin berkata, menurut Anwar hanya dengan mendengarkan rintihan rakyat mereka dapat mengenal pasti cara untuk membantu negara kita pulih dan makmur.
Dalam masa sama, Saifuddin berkata, Anwar turut menggesa semua anggota PKR untuk terus berkhidmat dan membantu masyarakat setempat semasa berlakunya wabak koronavirus (Covid-19).
Menurutnya, Anwar turut memberi penekanan khusus kepada Menteri Besar Selangor dan Negeri Sembilan agar bekerja keras untuk tangani cabaran rakyat di negeri-negeri tersebut akibat wabak Covid-19.
"Walaupun pelbagai prosedur operasi standard (SOP) yang berkaitan dengan kesihatan perlu dipatuhi, kita harus tetap membantu rakyat Malaysia, terutama anggota masyarakat kita yang paling berisiko.
"Akhir sekali, Anwar memberi penerangan mengenai situasi terkini, termasuk majlis menghadap beliau dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada minggu hadapan," katanya lagi.
Dalam pada itu, kata Saifuddin, Anwar meminta mereka untuk menyeru semua rakyat Malaysia supaya kekal tenang dan terus mendoakan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan negara kita.
Tambahnya, Anwar juga menyatakan hasrat pembentukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil merangkumi seluruh kekuatan yang menumpukan agenda rakyat.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Calon PN yakin peratusan keluar undi awal tinggi" /><meta itemprop="description" content="Calon PN yakin peratusan keluar undi awal tinggi
BERITA SEMASA 7 MEI 2024
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut yakin peratusan keluar mengundi awal akan tinggi melibatkan pegawai dan anggota keselamatan, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu turut berpuas hati dengan perjalanan proses undi awal yang berlangsung di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Rejimen Semboyan Divisyen Keempat Infantri Kem Erakine Kuala Kubu Baharu.
Dalam pada itu beliau turut menyatakaan keterujaan melihat proses berkenaan yang berlangsung di dua lokasi terlibat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663308/berita/politik/prk-kkb-calon-pn-yakin-peratusan-keluar-undi-awal-tinggi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRK #PRKKualaKubuBaharu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-07T03:42:34.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/WFzJQ1cEQD2T0psPT/x120" /><meta itemprop="duration" content="P70S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8y4o2i" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8y4o2i"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sock Tao nafi kempen PH langgar akta" /><meta itemprop="description" content="Sock Tao nafi kempen PH langgar akta
BERITA SEMASA 7 MEI 2024
Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao menafikan pihaknya melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 ketika berkempen seperti didakwa pembangkang, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Huda Husain.
Jelas anak kelahiran Ampang itu, sepanjang tempoh kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu berlangsung tiada aktiviti yang menyalahi undang-undang dilakukan pihaknya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat Perikatan Nasional (PN) memfailkan petisyen di Mahkamah Pilihan Raya ekoran mendakwa PH menyalahgunakan aset kerajaan dalam PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663294/berita/politik/sock-tao-nafi-kempen-ph-langgar-akta
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Calon PH puas hati proses undi awal berjalan lancar" /><meta itemprop="description" content="Calon PH puas hati proses undi awal berjalan lancar
BERITA SEMASA 7 MEI 2024
Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao berpuas hati dengan perjalanan proses undi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor, pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Huda Husain.
Sock Tao berkata, dengan proses yang lancar itu secara langsung dapat memastikan ramai keluar mengundi.
Jelasnya, keadaan pengundian awal daripada pemerhatiannya sangat teratur dan berjalan lancar.
Beliau berterima kasih kepada pegawai dan anggota serta semua pihak yang terlibat dalam proses undi awal.
Sock Tao terdahulu tiba Maktab PDRM Kuala Kubu Baharu kira-kira jam 9.05 pagi diiringi seorang pegawainya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663290/berita/politik/prk-kkb-calon-ph-puas-hati-proses-undi-awal-berjalan-lancar
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRK #undiawal #PRKKualaKubuBaharu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-07T02:50:00.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WFya81cEPRl4SMBLg/x120" /><meta itemprop="duration" content="P41S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8y4lqg" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8y4lqg"></script>