Perkeso kenal pasti 30 kes tuntutan palsu
Iklan
KUALA LUMPUR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengenal pasti 30 kes melibatkan tuntutan palsu dan salah guna dana Program Subsidi Upah (PSU) sejak program diperkenalkan Mac lalu.
Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, kes yang dikenal pasti membabitkan syarikat antaranya di Kedah, Selangor dan Kuala Lumpur.
Iklan
Iklan
"Kita (Perkeso) memandang serius dan ambil perhatian akan perkara ini serta bekerjasama dengan pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan undang-undang.
"Daripada 30 kes itu, Kedah mempunyai lapan kes, Selangor (6), Kuala Lumpur (5), Perak (3), Johor dan Pahang masing-masing dua kes manakala Kelantan, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang masing-masing satu kes. Kita jangkakan banyak lagi kes bakal dikenal pasti,” katanya pada sidang akhbar di Menara Perkeso hari ini.
Iklan
Justeru, Mohammed Azman menggesa majikan yang telah membuat tuntutan palsu atau menghantar maklumat tidak tepat tampil secara sukarela atau menghubungi Perkeso bagi memulangkan semula dana yang diterima seperti PSU, Insentif Pengambilan Pekerja dan Program Pengekalan Pekerjaan (ERP).
Sejak pelancaran PSU, sebanyak 281 aduan dikemukakan pekerja mengenai bayaran insentif yang dimohon majikan tidak diserahkan kepada pekerja.
Iklan
Beliau turut mengesahkan kenyataan SPRM 7 Oktober lalu berhubung seorang pengarah urusan sebuah syarikat di Selangor ditahan bagi membantu siasatan kes mengemukakan penyata akaun mengandungi butiran palsu untuk mendapatkan bantuan subsidi upah PSU.
"Kes ini melibatkan 185 pekerja dan bayaran sebanyak RM415,000. Kes ini antara 30 yang kita kenal pasti,” katanya.
Hingga kini, kerajaan membayar kira-kira RM11.8 bilion kepada majikan di bawah insentif subsidi upah itu. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>