Bunuh pengawal keselamatan: Pembantu pemandu lori diberkas

Iklan
Mohamed Mokhsein menunjukkan lokasi kejadian seorang pengawal keselamatan maut dibunuh di hadapan sebuah kedai runcit di sebuah perumahan awam di Cheras, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR - Seorang pembantu pemandu lori diberkas untuk siasatan kes bunuh di hadapan sebuah kedai runcit di tingkat bawah sebuah perumahan awam di Cheras, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, suspek lelaki berusia 41 tahun itu ditahan berhampiran lokasi kejadian kira-kira jam 8 malam.

Iklan
Iklan

"Semakan mendapati suspek memiliki dua rekod jenayah bersabit kes curi dan ugutan jenayah serta tujuh rekod dadah.

"Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Tambahnya, suspek direman tujuh hari sehingga Khamis depan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengawal keselamatan dibunuh di hadapan kedai

Iklan

Terdahulu, mangsa seorang pengawal keselamatan berusia 52 tahun ditemui dalam keadaan terbaring dengan kesan tikaman objek tajam di lokasi kejadian pada jam 2.03 petang.

Berdasarkan maklumat saksi, sebelum itu mangsa dan suspek bertengkar di depan kedai berkenaan.