Polis lupus dadah bernilai lebih setengah juta ringgit

Iklan
Shafien (kanan) menunjukkan sebahagian dadah yang dilupuskan hari ini.

KOTA BHARU - Polis Kelantan melupuskan pelbagai jenis dadah yang sudah selesai proses di mahkamah bernilai RM535,779.

Ketua Polis Negeri, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, pelupusan dibuat melibatkan kes dari tahun 2000 hingga 2017.

Iklan
Iklan

"Nilai dadah tertinggi yang akan dilupuskan pada hari ini adalah pil kuda sebanyak 7,057 gram melibatkan nilai RM173,000, syabu (247 gram) bernilai RM22,361, heroin (414 gram) berjumlah RM104,000 dan lain-lain.

"Semua jenis dadah yang dilupuskan ini sudah selesai proses di mahkamah dan ianya melibatkan 2,095 kes," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.

Iklan

Selain itu Shafien berkata, pihaknya akan terus memburu pengedar, pembekal dan penagih dadah di setiap penjuru di Kelantan kerana ia merupakan ancaman kepada masyarakat.

"Misi polis Kelantan masih sama iaitu tidak mahu negeri ini menjadi transit atau laluan utama oleh sindiket dadah.

Iklan

"Banyak lagi kes lain masih dalam proses mahkamah dan apabila selesai kita akan lupuskan sama seperti hari ini," katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan dadah diminta berhubung terus dengan Jabatan Narkotik atau pun menghubungi mana-mana balai polis yang berdekatan.