Ketua Pengarah Jakim meninggal dunia

Iklan
Allahyarham Paimuzi Yahya

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), Datuk Paimuzi Yahya disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada jam 1 petang tadi.

Ketua Unit Komunikasi Korporat Jakim berkata, Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan paru-paru.

Iklan
Iklan

"Jenazah almarhum akan dibawa pulang ke rumah beliau di Kuang, Selangor untuk urusan pengebumian pada petang ini.

"Semoga roh almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman. Al-Fatihah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Semalam, Ketua Unit Komunikasi Korporat Jakim dalam satu kenyataan memberitahu, Paimuzi bebas daripada pandemik koronavirus (Covid-19).

Menurut kenyataan itu, Paimuzi telah menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 pada 6 Oktober di Hospital Sungai Buloh dan keputusan didapati negatif.

Iklan

"Namun begitu, memandangkan faktor sejarah kesihatan beliau yang kurang memuaskan, maka pihak hospital mencadangkan supaya beliau ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) bagi mendapatkan rawatan susulan.

"Keadaan beliau dilaporkan stabil. Buat masa ini, beliau tidak dibenarkan menerima tetamu atas faktor SOP pihak hospital. Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan buat beliau," menurut kenyataan itu, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketua Pengarah Jakim bebas Covid-19