Air Asia sedia kemudahan tukar tarikh penerbangan pelajar

Iklan
Pengumuman KPT berhubung inisiatif yang digerakkan oleh Air Asia Berhad dalam membantu pelajar yang terjejas dengan penanguhan pendaftaran secara bersemuka.

SHAH ALAM - Syarikat penerbangan Air Asia Berhad telah mengambil inisiatif dalam membantu institusi pengajian tinggi (IPT) yang terjejas dengan penangguhan pendaftaran secara bersemuka.

Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu pengumumannya memaklumkan bahawa syarikat penerbangan tambang murah itu bersedia menyediakan kemudahan pertukaran tarikh penerbangan tanpa had bagi laluan yang sama.

Iklan
Iklan

"Pertukaran tarikh tanpa had itu perlu dilakukan sebelum 31 Disember 2020 bagi laluan yang sama dan Air Asia Berhad tidak akan mengenakan sebarang bayaran tambahan, namun tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk untuk pelajar dan ibu bapa.

"Justeru, pelajar boleh menghubungi IPT masing-masing bagi mendapatkan cara-cara untuk mendapatkan maklumat bagi tujuan tersebut,” katanya.

Iklan
Iklan