FGV perluas pasaran getah ke Eropah dan Amerika Utara
Iklan
FGV mengembangkan pasaran getahnya ke Eropah dan Amerika Utara melalui pelantikan RHL. Gambar kecil: Haris Fadzilah Hassan
SHAH ALAM - FGV Holdings Berhad (FGV), melalui anak syarikatnya, FGV Rubber Industries Sdn Bhd (FGVRI) mengembangkan pasaran getahnya ke Eropah dan Amerika Utara melalui pelantikan Rubber Heart Ltd (RHL), sebuah agensi pemasaran getah yang berpusat di United Kingdom.
Pelantikan tersebut merangkumi pengembangan pasaran dan jualan strategik pelbagai gred Getah Spesifikasi Teknikal dan bahan berasaskan Getah Asli Khas lain yang eksklusif untuk negara-negara di benua ini.
Iklan
Iklan
Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata, sebagai salah satu pengeluar Standard Malaysian Rubber (SMR) utama di Malaysia dengan 50 tahun pengalaman di dalam industri getah, ia adalah peluang terbaik bagi FGV untuk mengembangkan dan memperkukuhkan senarai pelanggan antarabangsanya.
"Pengalaman global selama bertahun-tahun oleh RHL dalam pemasaran perniagaan getah akan memberi keyakinan dan menambah nilai dalam penawaran produk getah FGVRI,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Iklan
Haris berkata, RHL merupakan pakar teknikal dan kelestarian untuk Getah Mesra Alam FGV di mana FGVRI adalah satu-satunya pengeluar di Malaysia.
"Saya yakin dengan pelantikan RHL ini juga akan membantu mendorong produk Getah Mesra Alam kita dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat sebagai pengganti getah sintetik, terutama dalam industri tayar,” katanya.
Iklan
Tambahnya, Getah Mesra Alam FGV adalah getah yang diubah suai dari segi struktur molekulnya untuk menambah baik ciri-ciri agar setanding dengan getah sintetik yang dihasilkan secara eksklusif di kilang getah FGV Palong 8, Negeri Sembilan.
Sementara itu, Pengarah RHL, David Cawthra berkata, pihaknya mengagumi dan menyokong matlamat FGV untuk menjadi peneraju global dalam pemprosesan getah asli dan menawarkan produk getah berkualiti tinggi melalui pembuatan yang baik dan amalan mesra alam.
"Kami gembira dapat mengembangkan produk Getah Mesra Alam FGV ke pasaran baru di Eropah dan Amerika Utara,” katanya.
FGV mengendalikan empat kemudahan pemprosesan getah di Malaysia, yang dilesenkan oleh Lembaga Getah Malaysia (MRB) sebagai kilang SMR, dengan jumlah kapasiti pengeluaran kumpulan tahunan sebanyak 230,000 MT.
FGV juga memiliki satu kilang Lateks Pekat di Thailand dan satu kilang di Kemboja yang menghasilkan Cambodian Standard Rubber (CSR).
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>