PEMAIN-pemain Harimau Kumbang diminta memanfaatkan sepenuhnya peluang beraksi di Stadium Bandaraya menentang Kelantan United malam ini dengan keazaman tinggi untuk meraih mata maksimum dalam misi mencipta sejarah tersendiri dalam melabuh baki saingan Liga Premier musim ini.
Menurut Penolong Jurulatih Pulau Pinang, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, status pendahulu liga dengan kelebihan tiga mata masih belum memberikan sebarang jaminan kepada skuad Harimau Kumbang itu sekiranya pemain mengambil sikap sambil lewa dalam dua baki perlawanan terakhir.