Agrobank sasar 90,000 akaun sertai KKA 3

Iklan
Ahmad (lima dari kiri), Che Abdullah (empat dari kiri) dan Khadijah (tiga dari kanan) bergambar bersama pemenang-pemenang pada Majlis Penyampaian Hadiah Utama Cabutan Bertuah Kempen Kita-Kita Aje 2 (KKA2) semalam.

KUALA LUMPUR - Agrobank menyasarkan penyertaan sebanyak 90,000 akaun bagi kempen Kita-Kita Aje 3 (KKA 3) yang bermula 1 Ogos lalu sehingga 31 Julai 2021.

Pemangku Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Khadijah Iskandar berkata, sasaran itu dibuat berdasarkan sambutan memberangsangkan kempen KKA 2 dengan penyertaan lebih 60,000 akaun sejak 1 April 2019 sehingga 31 Mac 2020.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kempen KKA Agrobank itu turut memberi peluang kepada pelanggan Agrobank di kawasan luar bandar untuk memenangi hadiah dengan memperkenalkan ‘Cabutan Bertuah Setempat’ yang agak unik jika dibandingkan dengan kempen cabutan lain.

"Seramai 5,796 pemenang terpilih di bawah kategori ‘Cabutan Bertuah Setempat’ dengan 21 pemenang daripada setiap cawangan Agrobank melibatkan138 cawangan Agrobank di seluruh negara menerusi dua cabutan hadiah.

Iklan

"Bagi kategori ‘Cabutan Perdana’, seramai 31 pemenang telah diumumkan melibatkan dua sub kategori iaitu Kategori Umum dan Kategori Junior dengan menawarkan pelbagai hadiah lumayan termasuk kenderaan Ford Ranger XLT dan wang tunai berjumlah RM30,000 serta telefon pintar i-Phone XS,” katanya.

Ahmad Hamzah

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Hadiah Cabutan Perdana Kempen KKA 2 dengan jumlah keseluruhan RM2 juta yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah di sini semalam.

Iklan

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Pada majlis itu, seramai enam pemenang menerima hadiah utama iaitu Cheng Siew Chan (Ford Ranger XLT); Dr Che Mariana Che Hussin (Ford Ranger XLT); Alias Sani (Motosikal Honda CBR500R); Azizah A Bakar (Motosikal Honda CBR500R); Azmi Fresh Chicken Sdn Bhd (Wang Tunai RM30,000) dan Catervax Resources (Baucer Habib Jewel RM10,000).

Sementara itu, Ahmad berkata, program atau kempen seperti KKA 2 itu bukan sahaja berperanan sebagai satu ganjaran atau reward system kepada pelanggan setia Agrobank, malah dapat memupuk semangat menyimpan dalam kalangan pelanggan tanpa mengira peringkat umur dan latar belakang terutamanya dalam menghadapi waktu sukar seperti sekarang ini akibat pandemik Covid-19.