Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Iklan
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS pagi ini. - Gambar hiasan
RINGGIT dibuka tidak berubah berbanding dolar AS pagi ini, di celah-celah situasi politik yang tidak menentu dan kelemahan dolar AS, kata seorang penganalisis.
Pada pukul 9 pagi, mata wang tempatan kekal pada 4.1660/1710.
Iklan
Iklan
Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes berkata, ringgit bagaimanapun, boleh meningkat pada hari-hari mendatang, dirangsang oleh harga minyak yang dijangka lebih baik serta berita menyatakan bon Malaysia akan dikekalkan dalam senarai pemerhatian Indeks Bond Kerajaan Dunia (WGBI) FTSE Russell.
"Secara keseluruhan, saya rasa masih ada banyak lagi ruang untuk ringgit mengukuh sekiranya harga minyak mampu menunjukkan prestasi baik,” kata beliau kepada Bernama.
Iklan
Sementara itu, Maybank Kim Eng dalam nota penyelidikannya berkata, FTSE Russell mengambil keputusan untuk mengekalkan Malaysia dalam pemerhatian negatifnya.
Meskipun FTSE Russell memperakui inisiatif Bank Negara Malaysia (BNM) untuk meningkatkan akses kepada pelabur asing, namun, lebih banyak masa diperlukan untuk menilai keberkesanan langkah-langkah untuk mengekalkan Tahap Kebolehcapaian Pasaran Malaysia pada 2 iaitu syarat minimum untuk WGBI.
Iklan
Innes turut menyatakan pasaran akan terus memantau pertumbuhan ekonomi tempatan dan China dalam beberapa minggu ini dan pada masa sama berusaha menyelesaikan risiko pilihan raya Amerika Syarikat.
Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan rendah.
Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0278/0319 daripada penutup Khamis iaitu 3.0252/0299 dan lebih rendah berbanding pound Britain kepada 5.3125/3193 daripada 5.3075/3155.
Mata wang tempatan menyusut berbanding euro kepada 4.8596/8671 daripada 4.8488/8563 sebelumnya dan jatuh berbanding yen kepada 3.9473/9532 daripada 3.9522/9584 semalam. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>