Tanah runtuh: Laluan Batu 11 dibuka sehala
Iklan
TAPAH - Laluan Jalan Tapah-Ringlet dekat Batu 11 Jalan Pahang di sini dibuka sehala, bermula semalam berikutan kejadian tanah runtuh.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, runtuhan itu dikesan berlaku pada jam 11 pagi, Khamis lalu akibat hujan lebat di kawasan tersebut.