Sebanyak 102 bakul ciri merah yang dirampas di pintu masuk Pelabuhan Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini pagi kelmarin.
"Kegagalan pengimportan cili merah besar tanpa mempunyai suatu permit import yang sah adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta728] yang boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3) akta yang sama iaitu jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.
"Permit import cili merah besar adalah bagi tujuan mengawal perosak lalat buah cili (bactrocera latifrons) dan penggunaan sisa racun makhluk perosak supaya mematuhi piawaian yang ditetapkan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Zarina berkata, pihaknya akan sentiasa memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma yang diimport ke Malaysia bebas daripada ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar serta tidak menjejaskan sektor pertanian negara serta mematuhi aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan, ikan dan keselamatan makanan.