JAS sita peralatan kilang cemar udara
Iklan
Anggota penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar menyita peralatan di kilang berasaskan kayu di Bukit Selambau di sini yang disyaki menyebabkan pencemaran udara Isnin lalu.
SUNGAI PETANI - Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyita peralatan dua buah kilang berasaskan kayu di Bukit Selambau di sini yang disyaki menyebabkan pencemaran udara Isnin lalu.
Pengarah JAS Kedah, Norazizi Adinan berkata, tindakan berkenaan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan awam mengenai pencemaran bau dan asap yang disyaki mempunyai kaitan dengan operasi kilang terbabit.
Iklan
Iklan
Melalui hasil pemeriksaan, pihaknya mendapati premis berkenaan mengeluarkan bahan pencemar udara berikutan beroperasi tanpa sistem kawalan pencemaran udara mengikut Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.
"Peralatan yang digunakan kilang terbabit telah disita selepas didapati ia tidak dipasang sistem kawalan pencemaran udara," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Iklan
Penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah kilang yang disyaki menyebabkan pencemaran udara di Bukit Selambau Isnin lalu.
Beliau berkata, kilang terbabit telah diberi tempoh dua minggu untuk tindakan pembaikan.
"Sekiranya masih gagal berbuat demikian, satu perintah larangan operasi akan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah JAS sehinggalah mereka mengambil tindakan berkenaan.
Iklan
"Penahanan operasi kelengkapan di dua kilang terbabit dilakukan mengikut Seksyen 38(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," katanya.
Dalam operasi berasingan, Norazizi berkata, pihaknya telah menyiasat sebuah lagi kilang berasaskan kayu di Bukit Selambau di sini kerana didapati melanggar perintah larangan dikeluarkan Ketua Pengarah JAS sebelum ini dan kertas siasatan akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Exco Alam Sekitar, Perpaduan, Perumahan, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam Kedah, Dr Robert Ling Kui Ee berkata, kerajaan negeri tidak akan berkompromi terhadap mana mana-mana pihak mereka yang melanggar undang-undang dan garis panduan keselamatan yang digariskan JAS dan pihak berkuasa tempatan.
Jelasnya, pihak industri perlu memainkan peranan melindungi alam sekitar dan mengikuti peraturan serta undang-undang ditetapkan pihak berkuasa bagi menjamin kelestarian alam dan kesejahteraan penduduk setempat.
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.