Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas berkempen di Sabah

Iklan
SHAHRIL SUFIAN

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan dilaporkan positif Covid-19 selepas membuat ujian saringan di Kuala Lumpur.

Perkara itu disahkan beliau sendiri menerusi Twitternya pagi ini.

Iklan
Iklan

"Positif Covid-19. Tiada simptom yang jelas melainkan penat sedikit.

"Buat keputusan untuk mengambil ujian semalam di Kuala Lumpur sebagai langkah berjaga-jaga selepas kes melonjak naik kerana saya berkempen di Sabah.

Iklan

"Baharu sahaja menerima panggilan dan akan menerima rawatan hari ini,” katanya.

Justeru, beliau memohon maaf kerana akan menimbulkan kesan kepada mana-mana pihak yang kontak rapat dengannya.

Iklan

Shahril berada di Sabah sejak beberapa hari lepas bagi menyertai Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN).

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii telah disahkan positif Covid-19 dan sedang dirawat di hospital.

ARTIKEL BERKAITAN Pemimpin UMNO positif Covid-19 selepas berkempen di Sabah