MHCC KLIA menang dua anugerah

Iklan
MHCC KLIA menerima dua pengiktirafan sebagai hartanah mesra alam dan penginapan mesra Muslim.

MOVENPICK Hotel & Convention Center (MHCC) KLIA, sebuah hotel milik Lembaga Tabung Haji (TH), telah menerima dua pengiktirafan sebagai hartanah mesra alam dan juga penginapan mesra Muslim.

MHCC memenangi kategori Platinum dalam pensijilan Pengiktirafan Penginapan Pelancongan Mesra-Muslim (MFAR) oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Islamic Tourism Centre (ITC) pada 3 September 2020 lalu dan dinobatkan sebagai Bangunan Komersil Hijau Baharu Terbaik oleh Malaysia Green Buildings Council (MGBC) pada 15 September 2020.

Iklan
Iklan

Pengurus Besar Pelaburan Strategik TH, Muhammad Fawwaz Aminuddin berkata, kemenangan hotel ikonik tersebut jelas membuktikan tahap reka bentuknya yang bukan sahaja unik tetapi berdasarkan kelestarian tinggi dan pencapaian perkhidmatan yang menyerlahkan kedudukan MHCC di dalam industri perhotelan negara.

"Kami berharap dua anugerah ini akan membuka mata rakyat Malaysia kepada keunikan seni bina berunsur Islam di negara kita di samping menikmati kemudahan hospitaliti dan perkhidmatan bertaraf lima bintang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Iklan
Iklan