Perkeso Terengganu terima 77 permohonan SIP
Iklan
Nora (empat dari kanan) bersama sebahagian penerima bayaran SIP oleh Perkeso.
KUALA TERENGGANU – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Terengganu menerima 77 permohonan kehilangan pekerjaan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) pada tahun ini.
Pengarahnya, Nora Yaacob berkata, daripada jumlah itu sebanyak 60 pemohon yang kehilangan pekerjaan diluluskan berdasarkan kelayakan masing-masing manakala selebihnya sedang diproses.
Iklan
Iklan
"Perkeso mengeluarkan perbelanjaan bayaran faedah elaun mencari pekerjaan sebanyak RM132,000 kepada 60 pencarum yang layak selepas permohonan mereka diluluskan.
"Pencarum yang disahkan kehilangan pekerjaan dan memenuhi syarat kelayakan akan mendapat faedah seperti elaun mencari pekerjaan, elaun bekerja semula awal, elaun pendapatan berkurangan, elaun latihan dan yuran latihan,” katanya pada Majlis Penyampaian Faedah SIP Perkeso di Dewan Redang, Wisma Perkeso di sini, hari ini.
Iklan
Menurutnya, IP mula dilaksanakan pada 1 Januari 2018 sebagai satu jaringan keselamatan sosial bertujuan membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baharu.
"Kita membantu 128 pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk kembali bekerja semula sepanjang tahun lalu. Perkeso komited dalam menguatkuasakan dasar kerajaan bagi memastikan semua pekerja yang layak dilindungi di bawah SIP sejak ia dilaksanakan,” katanya.
Iklan
Nora berkata, perlindungan SIP meliputi semua majikan di sektor swasta iaitu majikan dan pekerja perlu mencarum 0.4 peratus daripada gaji bulanan bagi mendapatkan faedah di bawah SIP.
"Caruman majikan adalah 0.2 peratus dan caruman pekerja juga 0.2 peratus iaitu bayaran caruman tertinggi bagi SIP hanya RM7.90 sebulan iaitu berjumlah RM15.80 bagi kedua-dua syer majikan dan pekerja.
"Oleh itu kita harap majikan dapat mencarum SIP sebagai manfaat kepada pekerja,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal" /><meta itemprop="description" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
#SinarHarian #beritasemasa #pelupusansampah terbakar #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T10:14:25.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEqm61cDWg1raoGSA/x120" /><meta itemprop="duration" content="P104S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xyarq" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xyarq"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor" /><meta itemprop="description" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor
#SinarHarian #beritasemasa #siakap70sen #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T08:36:07.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEp8C1cDVDt67F3Pk/x120" /><meta itemprop="duration" content="P191S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xy5n0" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xy5n0"></script>