Coretan pengalaman veteran bidang pengiklanan cipta rekod
Iklan
Blog Raw Points yang dimulakan oleh Yun Siang (kiri) memaparkan banyak maklumat yang perlu diproses dan diserap dalam pemikiran sebagai refleksi diri seorang usahawan.
RAW Points yang menjadi suara kepada mereka yang berkecimpung dalam industri pemasaran dan jenama baru-baru ini menerima pengiktirafan sebagai ‘Blog Bisnes Paling Lama’ oleh Malaysia Book of Records.
Ketua Pegawai Eksekutif Roar Point Sdn Bhd, Long Yun Siang berkata, Raw Points diasaskan olehnya pada 14 Februari 2011 dan beliau banyak berkongsi serta menterjemahkan buah fikirannya setiap hari di blog itu.
Iklan
Iklan
Beliau yang memulakan karier pengiklanan pada tahun 90-an dan mempunyai pengalaman hampir 30 tahun bersama agensi pengiklanan multinasional cuba memberikan perspektif yang berbeza.
"Pada masa sama, saya juga berusaha memberi inspirasi dan membuat orang berfikir dengan cara berbeza setiap masa. Jadi, blog biasanya dimulakan dengan soalan yang kelihatan mudah tetapi dijawab dengan cara sangat berbeza atau dalam kata mudahnya dengan cara tidak dijangka, kemudian diakhiri dengan soalan lain,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.
Iklan
Yun Siang berkata, beliau menulis blog motivasi yang kadangkala boleh diterjemahkan sebagai sindiran atau memaparkan maklumat mengenai pemasaran, penjenamaan, pengiklanan, keusahawanan dan perniagaan.
Yun Siang (dua dari kanan) menerima sijil pengiktirafan ‘Blog Bisnes Paling Lama’ daripada wakil Malaysia Book of Records baru-baru ini.
"Kadangkala ia berkaitan dengan sikap, etika kerja, pengguna, pelanggan dan apa sahaja yang terlintas di fikiran. Siapa kata blog pemasaran hanya perlu bercerita mengenai isu-isu berkaitan pemasaran sahaja? Terdapat banyak maklumat yang perlu diproses dan diserap dalam pemikiran sebagai refleksi diri seseorang usahawan," katanya.
Iklan
Mengikut idea ahli falsafah Friedrich Nietzsche yang banyak mengajukan persoalan mencabar dogma konvensional, Yun Siang tidak pernah letih memberikan buah fikiran dan pandangannya setiap hari sejak blog itu dimulakan pada tahun 2011.
"Saya tidak fikir saya seorang penulis. Saya menulis untuk berfikir. Penulisan banyak membantu saya untuk menajamkan pemikiran. Saya berharap blog ini akan dapat memberi manfaat kepada pembacanya.
"Bagi saya, seorang perunding yang baik dapat memberikan anda jawapan, tetapi perunding yang cemerlang memberi inspirasi kepada anda untuk bertanya dengan lebih baik. Itulah pada akhirnya yang ingin saya sampaikan. Ajukan soalan yang baik dan cari cara yang lebih baik untuk menyelesaikannya," katanya.
Penulis yang aktif itu juga merupakan pengarang buku 'Rethink Your Marketing Questions And Answers' dan '500 Questions to Inspire a Better Marketing Plan'.
Menurut, beliau dan pasukannya di Roar Point turut menawarkan khidmat nasihat pelanggan mengenai penyelesaian pemasaran dan penjenamaan, dari cara memulakan sesuatu jenama, memberikan nama dan membuat logo sehinggalah menghidupkan jenama tersebut untuk memasarkannya.
Beliau menjalankan ‘masterclass’ pemasaran dan penjenamaan secara bulanan untuk melatih meningkatkan kemahiran pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) serta pengamal industri pemasaran dan penjenamaan.
Raw Points boleh dilayari di https://roar-point.com/
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.